Wednesday, 20 March 2013

Bibir oh Bibir





 "Cantik bibir awak.. Lembut.. Pakai Product Ape ye???"


Bibir Cantik Dan Sehat, pendapat aku bagi wanita-wanita generasi Y  ni ramai yang mengutamakan kecantikan, dalaman luaran kirian dan kananan.. For me, siapa yang tak nak cantik.. Walaupun cantik tu subjective.. For sure semua orang cantik  

Ade yang cakap:
: Ala ko memang dilahirkan cantik, pakai apa, makan apa, minum apa pun ko tetap cantik :  
Tapi pernah tak korang fikir yang semua orang cantik pada pandangan (mata) yang berbeza.  Macam mata aku hensem, kacak, cantik, comel, tetapi mata orang lain berbeda sekali terlayan sinitron bebeda keluarnya ..By the way agak tergelincir dari landasan tajuk..
 
 
Mengikut kajian aku sendiri, bibir yang cantik, mulus,, lembut, dan tak kering melambangkan tahap air dalam badan, contoh kalau bibir kering for sure kita akan minum air banyak-banyak, so at the end of the day bibir kita akan jadi lembut dan halussssssssssssss
 
Malahan disamping minum air dalam kuantiti yang perlu bagi badan kita -jangan risau ok entry lepas aku dah bagi tahu yang minum air tidak membuncitkan walaupun air ais... So korang amal la tips-tips yang akan aku paparkan di bawoh.
 
 
1. Madu
 
Madu, siapa tak suka madu, rasa manisnya yang khas memberikan rasa manis tersendiri, sudah tidak diragukan lagi bahwa madu khasiatnya dalam bidang kesehatan begitu banyak nutrisi yang terkandung di dalamnya. Dari segi kecantikan madu juga berkhasiat untuk mencegah bibir agar tidak kering dan pecah-pecah serta menjadikan bibir anda terlihat lebih segar dan merah alami. Untuk menggunakannya anda cukup mengulaskannya di sekitar area bibir anda secara teratur, kalau perlu lakukan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang maksimal.

2. Ikan Salmon
 
 
Ini ikan salmon loh ya, bukan ikan mas, apalagi ikan buntal, ikan keli, or belut hahahaha :D . Kandungan lemak yang sehat dalam daging ikan salmon, akan memberikan nutrisi terhadap permukaan kulit dan bibir anda, sebab dalam daging ikan salmon mengandung zat EPA dan DHA yang bagus untuk kesehatan kulit dan bibir anda, sehingga kulit dan bibir anda terlihat lebih merona. tapi ikan salmon mahal la.. nak sushi nak sushi!!
 

4. Air Mineral/ Plain Water
 
Kan dah cakap air penting. Dengan meminum air mineral ini, anda dapat menghindarkan bibir anda agar tidak menjadi kusam dan kering seperti gurun sahara yang tandus itu :D .


So korang minum jer air banyak-banyak senang cerita.  Jangan risau kalau banyak minum air badan sihat otak cergas minda tangkas.  Buncit? mane mungkin buncit, buncit tu sementara jer.  Jangan la risau disamping memakai lip gloss yang urm..lipstik yang mengancam gitu memang terbaik dan boleh buat rakan disebelah terbalik ko...

Dan timbullah perkataan
: cantiknye lipstik wei, brand ape, beli mane? best tak? harga- harga?:
 
!!!SETUJU TAK!!!!



 
Yang ni aku pakai sekarang .. best ooooo..harga RM 27**
 
 


 
CANTIK TAK CANTIK TAK HEHEHEHEH..
 
 

 
Chau Chin Chau..
 
 
*pekena Cendol Bakar pun sedap kat Kuala Selangor pagi-pagi neyh.... apakah??? 


Sunday, 10 March 2013

Tak TaHu MaSaK VS TaHu MaSak

Siapa pernah hadapi atau buat aktiviti sambilan di dapur macam ni??
lalalalalala
 
Jom kita cipta 1 Group khas buat siapa yang TAK TAHU MASAK...
 
 
Memasak ni bagi saya satu art yang sangat best.. sebab mak masak best giler.. Lepas masak makan ramai-ramai pulaks.. Layan .. But macam mane bagi sesiapa yang tak tahu masak macam saya? Nak masuk dapur pun malas .. Alasan yang paling selamat untuk tidak masuk DAPUR ialah SIBUK.. Bukan tak tahu masak tapi SIBUK dengan aktiviti harian .. Dengan cari ni, saya terlepas daripada MAK (suruh masakkan untuk mak) heheheheh..
 
 
Siapa setuju ce.. angkat tangan .. woi woi bulu ketiak tu cover sikit..
heheheh.. as all know.. MASAKAN IBU/MAK memang TERBAIK..
 
Then buat ape nak belajar masak , kunk kalau dah masak nanti tak dapat la nak merasa masakan MAK yang terbaik tu.. ehheheheheh ALASAN .. ALASAN ..
 
Pesan MAk ..
1- Sebelum kawin kene belajar masak tak tahu masak jangan kawin ..
2- Kene pandai beli barang dapur... kalau pandai masak tapi tak reti pilih ikan or ayam.. pilih pulak ikan lama or pecah perut.. spoil spoil 
3- Kene kenal setiap jenis barang yang mesti ade di dapur contoh jenis-jenis sayur, bawang, dan lain2
 
Mak pesan 3 ni jer.. Oleh sebab tersangat la nak kawin.. saya terus ke side google then search TRY MASAK...
 


 
haaa.. trade mark die "where anyone can masak" so korang yang tak pandai tu leyh lah ringan tangan tengok dan belajar kat sini k... ke saya sorang jer yang tak pandai masak heheheheheh... ni link die http://www.trymasak.my/
 
Cakap jer nak masak ape... just klik... then tadaaaaa.......
 
 
 
Fav dish dulu kini dan selamanya.. lalalalala.. SAMBAL UDANG PETAI.. SLURPPP...
 
....SO...
 
Percayalah wahai adik-adik, akak-akak,jiran-jiran dan tak lupa jugak pada my officemate yang belum kahwin, jika tak reti masak sebelum kahwin, insyaAllah selepas kahwin, reti masak... Lagi satu, masak dengan penuh keikhlasan.. jangan masak sambil memberontak dan membebel sebab tiap hari  kene masak.. nanti masakan tu jadi tak sedap disamping kunk air liur merecik masuk dalam masakan korang.. sebab kita tak ikhlas + kasih sayang dekat masakan tu kurang...lalalala...
 
Go .. Go.. Chaiyok!!!!
 
 
 
...tatatititutu..
 
 
 

Thursday, 7 March 2013

Meroyan bila ade SALE!!

 
Argh!!! Sawan + Terkinje-kinje = exited terlebih.. bila nampak je perkataan
Sale Sale Sale
 ...Rasanya lumrah bila sale jer, gadis-gadis macam i terkinje-kinje nak g, kalau tak macam i pun maybe macam bff i ? tak terkecuali okeyh..




Yeah... Today Mak Jemah nak buat pengumuman sikit.. Bagi anda yang meminati Padini,PDI, Vinci, dan Seed,Sale besar-besaran sudah dibuat.. But info ni i dapat untuk area Kuala Lumpur je tau..
 
 
 
Ha.. ambik kau bapak besar gile brochure...
 
Soooooo.. Sila lah terjah beramai- ramai bagi memanjangkan que di kaunter pembayaran okeyh hahahah. Baru la boleh guna alasan ni untuk lebih lama menghabiskan duit dan berada didalam syurga sale ni.. hahahah..Promo ni daripada 6-17 March 2013 dimana kah? ..
 
Tempat: At Oasis Atrium, Ground Floor New Wing at IOI Mall.
* Including Padini Authentics, Vincci, P&Co, Seed, MIKI and Padini
Discount:Until 70%
Tarikh: 6 - 17 March 2013

 
 
So ape lagi awal bulan ni memey sesuai habiskan gaji beli baju-baju yang tak pernah cukup walaupun almari dah penuh dan memperbanyakkan koleksi kasut selagi boleh..Then bila tengah bulan makan magie tak pun rebus jer baju tu ...
....Lalalala...Jumpa disana.... 
 
 
 
 
Chau Chin Chau  
 
 
 

Sunday, 3 March 2013

MiToS MiNuM AiR AiS MemBunCitkaN Ke?


Patutla.. perut makin buncit, sebab suka minum air sejuk selepas makan. Pernah dengar mitos ni tak?.  Tapi ideanya logik jugala... Kalo semua ikut nasihat, kesiannla tokey ais, sebab orang kurus jer yang pesan minuman berais.

 
 
Seperti yang ingin saya kongsikan,
 ADAKAH AMALAN MINUM AIR AIS MEMBUNCITKAN???

Untuk makluman, Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Dengan minum air panas atau suam ini, ia akan mengurangkan penyakit SAKIT JANTUNG, dan yang paling penting dapat MENCAIRKAN LEMAK KITA. Ye ke? pelik je bunyi mencairkan lemak..Err ape kena mengena mencairkan lemak dengan kebuncitan perut? huhuhuh

       
Minum air dalam kuantiti yang banyak atau sikit tidak memberi kesan kepada kebuncitan keperutan kekorangan(korang).  Walau korang minum 1 gelen air sekalipun ia tetap tidak membuncitkan perut korang. Buncit yang saya maksudkan ialah buncit yang permanent (kekal ). 
 


 
So apabila air yang diminum akan masuk kedalam perut dan of coz perut akan membuncit , tapi korang jangan risau sebab perut kita akan membuncit dalam jangka masa pendek jer . And Then lepas kita membuang or berpeluh, kebuncitan tu akan hilang..
 
 
..AKAN TETAPI..
 
 
Korang perlu ingat kalau korang minum air then makan makanan yang kuantiti garam nye tinggi, kebuncitan perut korang akan kekal.  Kenapa saya cakap macam tu?
 
 
Hal ini kerana.. water intension dalam badan kita akan menakung air.. Then perut kita akan membuncit dan menjadi GEMUK AIR..
 
Errr... apakah baby ni terlalu semangat untuk hidup? hehehehe

 
So kawan-kawan, dan jiran-jiran sekalian,GEMUK, BUNCIT, BOROI, ISI TERLEBIH, itu semua takde kene mengene ngan Air..
Ia disebabkan oleh salah di dalam dan diluar pengambilan makanan harian. 
 
 
 
Oleh yang demikian, Tips- tips untuk mengurangkan Buncit/ Boroi/ kepada ehem ehem BOONTOT BESAR..
 
    1.  Korang disyorkan menambahkan pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya.
     
    2. Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
     
    3.  Senaman jangan tinggal.. Seminggu sekali berjalan kaki dari Bangsar ke KL Sentral  tu biasa..hehehehe.
     
    4.  Kurangkan minuman bersoda dan manis.
     
    5. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam dan  tinggi karbohidrat.
     
     
    Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
    
     
     
     
     So ape tunggu lagi.. katakan tidak kepada perut buncit..katakan YA kepada minuman berAIS dan katakan TIDAK kepada Mitos Mitos Mengarut..Tapi ade yang kata minuman berAIS ni buat badan kita sakit-sakit.. Ha.. entry akan datang baru aku cite.. kalau rajin la ye .. heheheh
     
     
     
    Minum air pink guava pun sodap pagi-pagi neyh..Apakah? lalalalala