
Pernahkah anda? korang ? kamu? atau aku jer yang mengalami pengalaman mcm ni?
Aku pernah mengalami keaadaan ni tapi aku sebagai lelaki tu sebab aku terlampau obses dengan
..WeChat..
hahahhaha
Kepada kaum adam dan kaum hawa sekalian.. Menjadi pendengar yang baik adalah salah satu tips penting dalam mengeratkan sesuatu perhubungan .. Disamping bercakap dalam nada yang sopan, saling bertanya khabar, jaga hati budi masing-masing, focus semasa bersama pasangan anda juga penting terutamanya ketika si dia sedang bercakap.

Amatlah penting supaya kita tidak 'memotong' semasa satu pihak lain sedang bercakap..Sian kat die bersemangat nak bercakap alih-alih kena potong.. kalau aku pun spoil mood ooo ...
Untuk melengkapkan recana pada kali ni .Aku sertakan antara tips-tips untuk menjadi pendengar yang baik.
1. Berikan perhatian sepenuhnya - Aku rasa tu basic, kalau hampa tak tahu jugak aku memang tak boleh tolong hampa. Dush tumbuk laju-laju.
2. Pandang matanya –
Ketika si dia sedang bercakap, eye to eye penting tau. Renung dan dengar dengan teliti
cerita yang ingin disampaikan, jangan la tengok sampai juling. Over sangat tu.
3. Jangan berikan pendapat – Apabila si dia meluahkan perasaaan, jangan sesekali memberikan pendapat atau jalan penyelesaian. Sebagai contoh, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Jangan pula anda berikan pendapat, “Ala…biarlah dia nak jatuh ke, nak tergolek ke. Bukan awak susah pun".. jangan la buat mcm ni..
4. Bertanyakan soalan – Tanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan apa yang dicerita. Ini menunjukkan yang anda juga berminat dengan cerita yang si dia kongsikan. Saya guna contoh yang sama seperti di atas, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Soalan yang boleh anda tanya, “La…macam mana dia boleh jatuh?”.
5. Berikan sokongan kepadanya – Sekiranya pasangan anda sedang marah-marah atau merungut mengenai sesuatu, dengarkan saja apa yang si dia marahkan. Berikan sokongan yang anda juga berpihak kepadanya. Dan jangan sesekali anda menyokong orang yang dimarah itu pula. Bala namanya tu
6. Ulang semula apa yang dikatakan – Anda juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan yang anda mendengar ceritanya. Contoh yang sama, “Tadi ada pakcik tu jatuh tangga. Kesian je tengok pakcik tu.” Apa yang anda boleh buat adalah, “La…kesian pakcik tu jatuh tangga…”. Dan si dia akan terus menyambung semula bercerita selepas mendapat tahu yang anda sedang mendengar ceritanya.
7. Diam dan jangan berkata apa-apa – Tetapi,
jika topik luahan perasaan atau marah itu ada berkaitan dengan anda, adalah
lebih baik anda berdiam diri dan jangan respon apa-apa. Lebih baik anda tahan
telinga dan mendengar apa saja yang si dia katakan. Biarkan si dia luahkan
segala perasaannya. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih cepat reda
kerana perasaan marah itu berjaya dikeluarkan.
Simple kan untuk menjadi
seorang pendengar yang baik. Tetapi berapa ramai yang mempraktikkan nya? hohohoh
TEPUK DADA TANYA SELERA..
Bila dah tepuk.. tanya la nak makan ape hahahahha

Adalah menjadi kewajipan aku sebagai staff di pusat panggilan kena la amalkan tips-tips diatas.. kalau tak , mampos kena maki nok ..

Chau Chin Chau
No comments :
Post a Comment