Sunday, 14 April 2013

Cinta Sakittt

 
"I'm just an ordinary girl who finds strength after a fall."
 
Nampak tak tu.. Ape yang nak diceritakan disini ialah aku juga pernah bercinta, pernah putus cinta, pernah termakan dengan kata-kata manis cinta, pernah hanyut dalam bercinta, pernah sesat dalam bercinta dan pernah kene tipu time bercinta..
 
Kira-kira semua pernah.. Gila tak pernah??? aku pun manusia biasa wei!!! kalau sesat dalam bercinta tu sbb tak pakai ni
GPS..Hahahaha
 
 
Kadang-kadang kita mengharapkan cinta tu akan bersama kita selama-lamanya.. Tapi aku percaya kepada 1 kata-kata ni ..
 
"Kita manusia biasa yang banyak buat kesalahan"
 
Tapi kan korang, macam ne pulaks kalau dia bukan manusia biasa? Hantu kah ? Toyol kah?
Fikir-fikirkan lah... Langkah yang terbaik adalah memaafkan.. Biar die mempunyai 1001 kesalahan, kita lembutkan hati maafkan dia.. Aku juga maafkan die sebab aku juga pernah dan tak lekang dari melakukan kesalahan pada Manusia dan Tuhan.  Terinsaf seketika..

 
Pandangan aku pasai Cinta - 
Kadang-kadang kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia. Tapi mampukah kita jika die curangi kita??? OMG OMG ..
rasa
`
`
`
`
Rasa macam nak kill je siapa yang menyakiti hati aku neyh.. Tapi iman di dada kuat lagi so aku maafkan jer la ye..   
 
Jika aku jatuh cinta dan sakit kerananya…
Maka.. itu salah siapa?
Ketika aku telah menyandarkan hati
Dan dia meninggalkanku pergi.. Maka, salah siapa?
Marah hati ini, sakit jiwa ini…
Begitu saja kau tinggalkan aku
Padahal susah senang kita lalui bersama dulu.
 
 
Ha .. hambik kau.. 1st time aku bermadah di ruangan ni.. So at the end kita yang merana . Tapi bagi aku bila kita jatuh baru kita akan belajar sesebuah kehidupan tu .. Contoh bila seseorang ditipu , dari situ kita akan belajar mengapa, bagaimana, dan kenapa ia terjadi dan langkah-langkah untuk mengelak daripada ia terjadi lagi.. Tu pandangan daripada budak sengal ni ....
 
hahahha.. Mak cukup marah bila buat muka macam ni kat rumah..
 
 
Apepun yang penting dan ape yang aku belajar, janganlah kita terlalu menyayangi seseorang itu selagi die belum jadi yang halal buat kita.  Aku harap  ape yang aku pelajari dapat menjadi pendoman hidup aku 1 masa nanti.. 
 

 

 Ape yang aku pelajari
  Berhati- hati ketika memilih cinta.. Memang banyak cinta pandang pertama, kedua dan ketiga..Tapi mane satu pilihan kita bila kita ade orang pertama kedua dan ketiga. Apakah?

Jangan terlalu menyayangi, slumber jer, nak sayang lebih-lebih pun tak guna kalau sayang kita kat Allah sendiri pun kurang.

Jangan terlampau percaya seseorang sebab rupa atau dengan cara percakapan sahaja sebab peribadi luaran tidak mencerminkan peribadi dalamam/hati seseorang tu. Faham tak ?

Bila dia atau kita dah kantoi curang, langkah yang terbaik ialah blah jer dari hidup die tu.. PASTI die akan kejar kita balik hahahahahah tapi kan korang cara ni tak pernah jadi pun.. Walaupun aku dah buat 3X, ape leyh buat nasib badan yang ramping ni kan

Jangan berdendam, bila dah tertipu maafkan la die dan cuba mengatasi masalah yang ade sebab kita bukan MAKSUM yang tidak pernah buat kesalahan kan..

 
SO Selepas dikecewakan langkah untuk mengatasi kekecewaan of coz la nak letak gambar lagik
 
 SPEED CITY YUK!!!
 
 
 
Percaya atau tidak salah seorang daripada mereka adalah wanita tau. Kecik molek jer orangnya
 
 
Kalau korang free bolehlah datang ke Speed City KL , setiap malam sabtu.. drifter pro. dan berkebolehan sangatlah awesome babe..Kalau nak drift dengan diorang pun boleh tau, 1 orang RM20.00 + 2 round..  Disamping merehatkan minda + enjoy so layan jer la kan ...Tapi aku tak berani lagi nak try masuk dalam tu, tak pasal-pasal aku sesat tak jumpa jalan pulang kahakhakahakaha
 
BELANJA SIKET
Tika saat/masa/keadaan tidak berjaya dan tidak memihak pada hati yang kecil ni, dia la pendengar + pemberi nasihat yang membuka hati dan minda untuk terus berjuang mencapai impian
 
 
MERANGKAK .. BERTATIH.. BERJALAN.. BERLARI  DAN TERUS TERBANG MENGGAPAI IMPIAN
 
 

chau chin chau  
 
 


2 comments :

Anonymous said...

Nice quote

Unknown said...

Thanks ...